Nabi Musa
adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap
kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit
itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan
menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi
lain.
Suatu hari
Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga
nanti yang akan berjiran dengan aku?".
Allah pun
menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya.
Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan
mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan
akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.
Dengan
pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan
orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di
ruang tamu.
Tuan rumah
itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di
dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang
besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
"Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.
Bai itu
dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai
kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama
kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang
lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga
kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya
dihantar semula ke bilik.
Selesai
kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama
kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam.
"Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."
Kata Nabi Musa.
"Wahai
tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah
ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah
telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka
dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya
tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada
kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka
sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.
"Setiap
hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah
menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum
memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.
Maka ketika
itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang
yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat
tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi
pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi
Kami."
Allah juga
berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam
anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya
yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Itulah
berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang
akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat
dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan
ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di
akhirat kelak.
Walau
bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita,
urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka
menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.
Walau banyak
mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan
kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni
Allah S.W.T.
Doa anak
yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat,
inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.
Erti sayang
seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi
sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua
ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Untuk
mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan
syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL